Info Lesen MOF/eP

images (27)Jika anda mempunyai perniagaan dan ingin menjadi pembekal kepada Kerajaan samada membekal produk mahupun perkhidmatan, syarikat anda perlulah berdaftar sengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui sistem perolehan elektronik kerajaan Malaysia atau dikenali juga sebagai ePerolehan.

Dengan memiliki lesen MOF ini syarikat anda bukan sahaja boleh menjadi pembekal kepada Kerajaan tetapi syarikat anda juga layak untuk menjadi pembekal kepada Badan-badan Berkanun, swasta, GLC, dan sebagainya . Ini termasuk juga bekalan kepada Telekom, Petronas, TNB, Majlis Perbandaran dan sebagainya.

Malah syarikat anda juga boleh menjadi perunding kepada Kerajaan mengikut kepakaran yang anda miliki. Anda boleh memilih kod bidang yang berkaitan dan mendaftarkannya melalui sistem eperolehan.

Melalui sistem eperolehan, syarikat anda berpeluang untuk menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi Kerajaan menerusi Internet yang mencecah berbilion ringgit setahun keseluruhannya.

Perolehan Kerajaan ini mempunyai pelbagai modul, syarikat anda boleh menyertai mana-mana modul mengikut keupayaan kewangan dan keupayaan syarikat anda. Sila rujuk modul pembelian Kerajaan di bawah.

Sistem ePerolehan

» Klik sini untuk Langkah-langkah Pembolehan (ePerolehan Enablement)

Faedah Kepada Pembekal

Dengan menjadi pembekal Kerajaan anda akan menikmati kelebihan seperti berikut:-

1.  Syarikat anda akan lebih mudah dihubungi oleh pembeli Kerajaan pada
bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.

2.  ePerolehan membolehkan peralihan pembekal kepada ePerniagaan,
menyediakan ruang kemasukan untuk keupayaan ePerniagaan.

3.  Pembekal akan berpeluang untuk mengambil dan menerima konsep
ePerniagaan dengan lebih cepat dengan penggunaan ePerolehan.

4.  Pengiklanan barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan
pantas dan akhirnya mencapai jumlah pembeli yang lebih luas.

5.  Menerusi Internet, para pembekal pastinya akan dapat melaksanakan
pengiklanan tanpa sempadan pada tahap harga yang paling rendah.

6.  Proses-proses menjadi mudah dan kerja manual yang sedikit dapat
mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi. Melalui ePerolehan,
hampir semua operasi perniagaan akan diautomasikan bukan hanya
menjadikan kos operasi paling rendah, tetapi juga pusingan masa yang
lebih pantas kepada pembeli.

7. Pembekal akan menerima bayaran yang cepat melalui bayaran secara
elektronik/MEPS. Disokong oleh jaringan infrastruktur yang sangat
terjamin, para pembekal mampu menerima bayaran barangan dan
perkhidmatan dalam jangka masa yang lebih pendek.

8. Memperbaiki perancangan dan ramalan perniagaan sewajarnya dengan
proses perolehan yang lebih efisien dan terancang. ePerolehan
mengautomasikan proses perniagaan di samping meningkatkan
kecekapan kerja, para pembekal juga boleh menjangka proses
perolehan dengan lebih tepat.

Faedah Kepada Kerajaan

Melalui penggunaan sistem ePerolehan ini, pihak Kerajaan akan mendapat banyak kelebihan dan menjimatkan kos perbebelanjaan Kerajaan kerana seistem ini :-

1.  Menawarkan proses perolehan yang lebih efektif dan efisien selari dengan transformasi negara ke arah K-ekonomi.

ePerolehan merupakan jentera kepada Kerajaan Malaysia untuk melangkah ke dalam ekonomi baru dan mempromosikan ePerniagaan secara meluas dalam negara.

2.  Pengurangan kos operasi berdasarkan masa. Kerajaan Malaysia akan dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi melalui penggunaan ePerolehan kerana proses urusniaga dikurangkan dan diringkaskan.

3.  Pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta yang terkini. Pembeli Kerajaan akan dapat mengakses serta-merta kepada pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi ePerolehan, dan ini akan menjadikan mereka sebagai pembeli yang lebih sedia maklum.

Maklumat dan senarai harga produk terkini disediakan secara atas talian (online). ePerolehan akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini yang pastinya dapat membantu pembeli membuat pilihan perolehan yang lebih tepat.

4.  Tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan. Melalui penggunaan ePerolehan, secara tidak langsung menggalakkan kadar tenaga kerja celik IT yang lebih ramai dalam sektor kerajaan dan swasta.
Pengurusan belian dan bayaran yang lebih baik.

5.  Dengan ePerolehan, pembeli kerajaan akan dapat menjejaki dan mengaudit proses perolehan/urus niaga yang telah dibuat.

4 thoughts on “Info Lesen MOF/eP

  1. I actually would like to take note of this
    particular blog, “Info Lesen MOF/eP | Kunci ke Lubuk Bisnes
    Kerajaan” on my website. Do you mind in the event that
    I reallydo it? Thanks a lot -Jessika

  2. hey there mofregistration.com admin discovered your blog via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your website http://get-massive-web-traffic.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://get-massive-web-traffic.com
    To your success your friend
    David

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>